Categories

GENERAL INQUIRY

BANGI: +60389129134

KLANG: +60333185837

MOBILE: +60129289727

(Encik Rafizi)

EMAIL: krafezee@gmail.com

 

ONLINE ORDER / TRACKING

MOBILE: +60102219727

(Cik Hafira)

EMAIL: order.krafezee@gmail.com

10 AM - 6 PM ONLY

 

TECHNICAL ASSISTANCE

MOBILE: +60163443727

(Encik Zul)

EMAIL: krafezeeGM@gmail.com

10 AM - 6 PM ONLY

 

Our Shop Kraf Ezee at

No 30 Jalan PB3 Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

(near KAJANG, PUTRAJAYA, SERDANG)

 

KLANG BRANCH

(Near SHAH ALAM)

No 179 & 184 4th Floor GM Klang Wholesale City

Bandar Botanic Kelang Selangor

 

www.facebook.com/Kraf.EZ

(100,000 fan page Likes)

 

Visit Our Craft Blog

www.krafezeeonlline.com

 

 

Shop Business Hours

Every Day

BANGI: 10:00 AM - 6:00 PM

KLANG: 10:00 AM - 6:45 PM

 

GST Number 000806117376

Cara Pilih Mesin Jahit

Cara Untuk Memilih Mesin Jahit Yang Sesuai: Mesin Jahit Portable atau Mesin Jahit Industri?

 

Kali in Kraf Ezee ingin memberikan ringkasan beza mesin jahit industri dan mesin jahit portable biasa. Ini berdasarkan soalan dari kebanyakan pelanggan yang tidak pasti cara untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Secara umumnya:

 

​Mesin Jahit Portable (atau Mudah Alih) adalah mesin jahit dengan pelbagai fungsi jahitan. Ianya sesuai untuk digunakan dirumah untuk kerja-kerja membaiki pakaian terkoyak dan jahit pakaian sendiri. Boleh juga digunakan untuk membuat bisnes kecilan yang tidak ada banyak tempahan. Sangat tidak sesuai untuk digunakan membuat tempahan yang banyak. Secara umumnya, kami mencadangkan mesin jahit Brother untuk jenis portable kerana kualiti mesin jahitnya bagus dengan harga berpatutan. Brand JUKI dan Singer juga boleh digunakan dengan baik.

 

  1. ​Kelebihan mesin jahit portable ialah
    • ​​Kebiasaanya mempunyai banyak jenis corak jahitan dan boleh membuat lubang butang. Contohnya Mesin jahit Brother GS3710 boleh membuat 37 jenis corak jahitan. Atau untuk mesin jahit tepi, mesin jahit tepi portable boleh membuat pelbagai jenis jahitan tepi berbanding mesin jahit tepi industri yang khusus kepada satu jenis jahitan
    • Ringan dan mudah alih. Hanya perlukan meja yang kukuh untuk digunakan.
    • Harga secaranya umumnya lebih murah dari mesin jahit industri. Tetapi ini bergantung kepada jenis mesin jahit portable tersebut. Ada juga mesin jahit portable berkomputer yang lebih mahal dari mesin jahit industri!! Tapi secara umumnya mesin jahit mekanikal portable adalah lebih murah dari mesin jahit industri.
    • Pelbagai jenis tapak mesin jahit yang ada boleh digunakan.
  2. Kekurangan mesin jahit portable pula ialah
    • ​​Ianya mempunyai kelajuan yang jauh lebih perlahan berbanding dengan mesin jahit industri. 
    • Ianya cepat panas. Secara umumnya, mesin jahit mudah alih portable boleh digunakan berterusan selama sejam sahaja dan perlu direhatkan selepas sejam untuk 15-20 minit sebelum boleh digunakan semula

Mesin Jahit Industri (High Speed) adalah mesin jahit yang digunakan untuk mengambil tempahan yang banyak. Perbezaan utama dengan mesin jahit portable ialah, mesin jahit industri adalah khusus untuk satu jenis jahitan sahaja. Jika ianya untuk jahit lurus, maka hanya jahitan lurus sahaja yang boleh dibuat oleh mesin industri tersebut. Secara umumnya mesin jahit JUKI adalah yang terbaik untuk kategori industri tetapi harganya adalah agak tinggi. Brand lain seperti Gemsy, Bruce atau Siruba adalah lebih murah dan juga baik mesinnya pada pandangan kami.

  1. ​​Kelebihan mesin jahit industri ialah
    • ​​Kelajuan tinggi, sangat sesuai untuk tempahan yang banyak.
    • Boleh digunakan berterusan selama berjam jam tanpa risiko mesin menjadi panas.
  2. ​Kekurangan mesin jahit industri ialah
    • ​​Memerlukan ruang yang besar kerana saiz mesin yang besar. Mesin jahit industri juga lebih berat.
    • Mesin secara umumnya lebih mahal dari mesin jahit portable
    • Hanya satu jenis jahitan sahaja untuk setiap mesin. Untuk mesin jahit tepi industri, tapak jahitannya boleh ditukar untuk menukar jenis jahitan tepi, tetapi, kami amat TIDAK menggalakkan berbuat begini kerana pada kebiasaannya setting susah nak dilakukan dengan betul.
    • Jenis tapak jahitan yang ada tidak banyak.
    • Perlu maintenance menukar minyak

Jadi untuk memilih di antara mesin jahit portable atau mesin jahit industri, soalan yang anda perlu tanya diri anda sendiri ialah, adakah anda ingin membuat tempahan yang banyak? Jika YA, maka kemungkinan besar mesin jahit yang sesuai untuk anda ialah jenis mesin industri. Jika tidak, maka mesin jahit portable adalah yang sesuai dan memadai untuk anda..

 

Selain itu, pandangan sesetengah pihak yang mengatakan mesin industri adalah lebih baik dari mesin jahit portable adalah kurang tepat. Antara sebab pandangan ini ialah mesin portable dikatakan kurang tahan berbanding mesin industri. Ini adalah tidak tepat sama sekali. Jika anda menjaga mesin anda dengan baik, ianya akan tahan lama. Jika tidak, mesin jahit industri anda juga boleh menjadi tidak tahan lama :)

 

Perkara-perkara lain yang perlu juga di ambil kira ialah:

  1. Budget - ini sangat penting kerana mesin jahit ada pelbagai jenis harga bersesuaian dengan fungsi mesin tersebut. Secara umumnya lebih mahal harga mesin tersebut, maka lebih banyak fungsi jahitan atau sulaman pada mesin tersebut. Sebagai contoh Mesin Jahit Brother GS2700 mempunya 27 corak jahitan manakala Mesin Jahit dan Sulam Berkomputer Brother NV955 pula boleh melakukan 129 jenis jahitan dan pelbagai jenis paten sulaman (jika ada pendrive dan perisian sulaman). Harga GS2700 ialah RM899.00 (harga retail standard) manakala NV955 pula RM2899.00 retail standard. Jadi anda perlu tentukan berapa bajet yang sesuai untuk anda.
  2. Fungsi dan keperluan menjahit. Jika Tuan/Puan hanya memerlukan mesin jahit untuk membetulkan koyakan pada pakaian, kemungkinan besar mesin yang diperlukan hanya Brother JA1400 dengan 14 fungsi jahitan yang mudah. Jika Tuan/Puan perlu menjahit baju kurung 5 pasang sehari, kemungkinan besar apa yang diperlukan ialah mesin jahit industri. Dan jika anda perlu membuat quilting, maka model Brother NV35 adalah minimum model yang diperlukan. Jadi anda perlu tentukan apa yang anda mahu buat dan bolehlah tentukan model yang sesuai. 

Kedua-dua faktor di atas perlu di ambil kira untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Berikut pula adalah cadangan model berdasarkan keperluan menjahit anda. Kami hanya meletakkan jenis keperluan yang asas di dalam jadual di bawah. Ada banyak lagi jenis jahitan seperti lubang butang, double line chainstitch dan sebagainya. Jika anda perlukan jenis jahitan selain dari di bawah, sila hubungi kami untuk berbincang.

 

Keperluan Jahitan Cadangan Model  Mesin Jahit Portable Cadangan Model Mesin Jahit Industri
Jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir serta sedikit corak2 dan lubang butang

Brother JA1400

Brother GS2700 / GS3710

Brother NV35, NV55, FS101

JUKI HZL K85

Brother NV955, NV980, NV2600

JUKI DDL8100E

JUKI DDL8100BM-7

GEMSY 9600

BRUCE 9700

SIRUBA L720

Nota: Hanya jahitan lurus, tiada corak dan lubang butang untuk kesemua mesin industri di atas ini

Quilting, corak2 jahitan yang banyak termasuk juga jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir  dan lain - lain

Brother NV35, NV55, FS101

JUKI HZL K85, JUKI F600

Brother NV955, NV980, NV2600

 Tiada
Sulaman dan juga Quilting, corak2 jahitan yang banyak termasuk juga jahitan repair pakaian, baju kurung, langsir  dan lain - lain Brother NV955, NV980, NV2600  Tiada
Sulaman sahaja

Brother V3, Brother VR

Brother PR655, PR1000

Tajima dan SWF

Jahitan tepi halus tudung dan tepi biasa untuk baju kurung

Brother 2104D , JUKI MO50E, Singer 14n655, OKURMA 620F, JUKI MO735

Tiada, kesemua mesin jahit tepi industri adalah spesifik kepada satu jenis jahitan. Penukaran jenis jahitan amatlah tidak digalakkan. Model yang ada seperti berikut

JUKI MO6804S, GEMSY 7700-3, BRUCE 768D, SIRUBA dan OKURMA.

Jahitan interlock coverstitch untuk T-shirt atau tudung Brother 2340CV, JUKI MO735 JUKI, SIRUBA C007KD, BRUCE 664DI

 

Kami juga seringkali mendapat soalan berikut: Adakah mesin jahit serba boleh buat jahitan lurus dan jahitan tepi. Jawapannya: sepengetahuan kami, tiada. Ini kerana struktur mesin jahit tepi dan mesin jahit biasa adalah sangat berlainan. Mesin jahit tepi memerlukan sekurang-kurangnya 3 kedudukan "jarum", manakala mesin jahit biasa pula hanya memerlukan satu jarum dan menggunakan sekoci atau bobbin.

 

Setakat ini tiada lagi pengeluar mesin jahit yang mampu untuk mengeluarkan mesin sedemikian. Walaubagaimana pun, mesin jahit biasa boleh ditukar tapaknya untuk membuat jahitan tepi dengan syarat mesin tersebut mesin boleh buat jahitan zig zag dan kedudukan jarum boleh di ubah suai ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi jahitan tepi dengan teknik sebegini tidaklah cantik dan terhad. Kami anggarkan kekemasan jahitan tepi mesin jahit biasa hanyalah pada kadar 10-15% dari mesin jahit tepi yang sebenar. Berikut adalah contoh tapak untuk jahitan tepi

 

overlock sewing presser foot malaysia bangi
Tapak Jahit Tepi atau Overlock

 

Sekian untuk kali ini. Kesemua yang di tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman dan mungkin berbeza dengan pemerhatian anda. Kami alu-alukan pandangan dan pendapat anda.

 

Untuk blog dan tips mesin jahit, anda boleh lawati blog kami di http://mesin-jahit-sulam-sewing-machine.blogspot.com/

 

Atau anda boleh lawati dan like Facebook Page kami (pada masa sekarang sudah ada 130,000 fan page like) di https://www.facebook.com/Kraf.EZ

 

Sebarang pertanyaan bolehlah juga call kami di talian 012-9289727 atau SMS/whatsapp atau email kepada krafezee@gmail.com

 

Terima kasih sudi membaca

 

There are no products to list in this category.
Copyright © 2017 Kraf Ezee. All rights reserved.eCommerce by SiteGiant